Sunday, May 10, 2009

Pengalaman Band yang Pertama


Melibatkan diri dalam sesebuah band sememangnya tidak mudah. Namun, itulah impianku selama ini. Kutidak mahu asyik bertungkus-lumus mencari karaoke lagu-lagu kegemaranku sama ada di Youtube mahupun di pasar malam. Lagipun, pengalamanku akan lebih bermakna jikalau band tersebut terdiri daripada rakan-rakan seperjuanganku dari ANU. Justeru, apabila Tim dan Lili ingin menubuhkan band sempena pertandingan Avenue of Stars, kutidak melepaskan peluang untuk menyertai mereka. Tambahan pula, 2009 merupakan tahun terakhir kami di ANU.


Seperti yang dijangka, konflik tidak mengambil masa yang lama untuk menjejaskan sesi latihan kami. Aku pasrah apabila beberapa cadanganku ditolak tanpa diberi pertimbangan yang sewajarnya. Sampai minit yang terakhir, ada lagi ahli kumpulan yang masih belum menghafal lirik-lirik dan nota-nota muzik sepenuhnya. Selain itu, kami tidak habis-habis menghadapi masalah untuk memilih antara persembahan dan persahabatan.


Pada malam persembahan tersebut, aku melakukan beberapa kesilapan di luar dugaanku. Salah seorang ahli kumpulanku berasa amat marah akan apa yang berlaku. Sebenarnya, aku sendiri turut kecewa akan kesilapanku. Pengalaman semalam memberi gambaran seolah-olah apa sahaja boleh berlaku di atas pentas. Tidak kira betapa gigihnya seseorang itu berlatih, kebarangkalian berlakunya kemalangan tidah mungkin dapat disingkirkan. Yang penting sekali adalah reaksi kita terhadap apa yang berlaku, seperti apa yang dikata oleh Stephen Covey, "10% of life is made up of what happens to you while the other 90% is decided by how you react." Mana-mana ahli kumpulan yang tidak berpegang pada prinsip ini, sudah cukup untuk menjejaskan prestasi sesebuah band dan mencemari perngalaman sekumpulan sahabat yang cuma ingin melakukan aktiviti yang bermakna bersama-sama.



Sekiranya diberi peluang, kutidak pasti sama ada kuakan melibatkan diri dalam kegiatan sebegini pada masa akan datang. Menjadi kawan karib dan menubuhkan sebuah band adalah dua perkara yang agak berbeza. Kita mampu bertolak-ansur dengan perwatakan negatif rakan-rakan kita tetapi setiap manusia mempunyai had masing-masing. Apabila kita perlu bekerjasama dan meluangkan lebih banyak masa bersama-sama, barulah kita berupaya memahami sikap mereka dengan lebih mendalam. Malangnya, persahabatan yang dahulunya kukuh menghadapi risiko untuk menjadi makin rapuh dalam tempoh ini. Mungkin sebab inilah kawan rapat kadang-kala menjadi musuh setelah tinggal lama sebumbung.




Walau apapun,pelbagai aspek tentang band telak kupelajari dan memori-memori manis bersama rakan-rakan seperjuangan sudah kuperolehi. Aku turut bersyukur kerana mempunyai penyokong-penyokong yang meluangkan masa, tenaga dan wang masing-masing untuk menghadiri malam tersebut. Ada di kalangan mereka yang memberikan kata-kata semangat yang sangat bermakna buatku. Jutaan terima kasih kepada kamu semua =)

6 Comments:

Blogger Danial Jaafar 🇲🇾 said...

benar, sebelum tinggal sebumbung,mungkin bagai isi dan kuku. bila bersama, macam macam boleh berlaku. tolak ansur, keberanian untuk memulakan langkah pertama amat perlu. =)

semoga persahabatan tetap kukuh!

Sunday, May 10, 2009 at 6:20:00 PM GMT+8  
Blogger syyeam said...

cheers!

Sunday, May 10, 2009 at 9:37:00 PM GMT+8  
Blogger syyeam said...

it's for fun =) since it's our last undergrad year

Wednesday, May 13, 2009 at 6:10:00 AM GMT+8  
Blogger Shin Sar said...

When you come back to Msia, I'll bring you to experience how a band of 5 years stayed on till now, how their understanding and tolerance towards each other.. I really salute them!!!

Wednesday, May 13, 2009 at 10:00:00 AM GMT+8  
Blogger syyeam said...

haha..must've been crossfire right =p

Friday, May 15, 2009 at 9:07:00 AM GMT+8  
Blogger Shin Sar said...

who else le.. but too bad... wait for another 2 years la.. hope that they are still around after 2 years! *namo*namo*namo*

Saturday, May 16, 2009 at 12:22:00 AM GMT+8  

Post a Comment

<< Home